(DIBONGKAR) Tips Penjagaan Asas Wajah Wanita / Lelaki - Tips Kecantikan & Kesihatan By Sis Yanalis Skincare

Full width home advertisement

Tips Dan Petua Kesihatan

Page Official Yanalis

Post Page Advertisement [Top]

Rahsia Tips Penjagaan Asas Wajah Wanita / Lelaki



Assalamualaikum....

Ha.. Kali ni sis nak cerita pasal penjagaan kulit wajah ni. Takyah cakaplah, uols dulu masa sekolah memang tak mementingkan penjagaan ni kan? Lebih-lebih lagi lepas aktiviti ko-kurikulum. Dengan berpeluh-peluhnya. Balik mandi dan tidur. Memang patut pun kulit jadi gelap, kasar, berminyak dan jerawat pun mula membiak dengan rukun tetangganya dikulit mulus uols tu. 


Erm, biasalah masa remaja. Kulit kita sensitif dengan berminyaknya dengan kering amatnya. Sis pun tak terkecuali. Hehe.. Masa sekolah dulu sis dikategorikan kulit combination kerana kering seluruh wajah kecuali di kawasan " T "... Yang kawasan " T " tu adalah area dahi dan hidung. Memang berminyak, berjerawat halus tapi alhamdullilah. Sekarang ni sis walaupun bukan kategori jelita namun tidak mempunyai masalah kulit muka yang kronik gitu. Ehem!


Sis nak ajar uols untuk amalkan rutin penjagaan asas ni dulu iaitu C.T.C.M. :


C - cleansing (membersih dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit)
T - toner (menyapu toner pada kulit yang sudah dibersihkan)
C - cream (day cream / night cream)
M - mosturizer (memakai pelembap)


Cleansing


Membersih muka ni sangat penting dan perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Gunakanlah pembersih muka yang sesuai. Tak kira lah jenama mahal atau murah asalkan sesuai dengan kulit kita. Jangan pulak uols pakai sabun dettol ke sabun mandi yang dok sental badan tu. Nanti jerawat lain plak timbul kat muka tu. Lagi satu sabun mandi ni kandungan dia tak sesuai tuk kulit nanti kulit akan jadi kering amat. 



Pencuci muka ni yang sis tau ada 2 jenis iaitu jenis buih @ facial foam dan jenis tidak berbuih @ cleansing milk... Bagi sis pakai yang foam tu lagi rasa puas hati kulit kita bersih bila nak pakai.


Kulit kering - basuh muka 2 kali sehari pagi dan malam
Kulit kombinasi - basuh muka 2 ke 3 kali sehari, mengikut keselesaan uols ok...
Kulit berminyak - silalah basuh muka anda selalu... Kalo tak, berkilat-kilatlah muka uols tu....


Bagi yang tak tau cara basuh muka ni, meh sini sis bagi tau. Mula-mula lembapkan muka dengan air. Picit setoet pencuci muka uols dan basahkan dengan air sikit bagi buat buih-buih sikit pastu urut muka korang sambil sapu buih-buih halus kat muka uolsss.... Urut perlahan-lahan sampai u'all puas hati dan bilas.... Fuh!!! Segarnya! 


PENTING! Basuh muka ni bukan saja memberi kesegaran pada kulit wajah korang tapi membersihkan dari debu dan kekotoran. Jadi jerawat yang berpunca dari persekitaran yang berdebu dan habuk boleh la dielakkan... Tapi untuk sis, cleansing ni memang selalu diamalkan. Sebab rasa pelik pulak mandi, gosok gigi, sabun badan tapi tak cuci muka... Memang rasa macam tak complete je kalau x mencuci muka.


Toner


Toner ni ramai benar orang suka skip. Macam leceh nak cari kapas nak sental-sental muka gitu. Aduhai... Uolss jangan ingat toner ni untuk menyental muka pulak, sapu lembut-lembut pada muka je tau! Karang uols sental macam sental bontot kuali, ada yang merah melecet pulak kulit uols tu. Ada yang tanya, Sis, toner tu ape? Yang saya tau toner printer laser jet adelah... 




Huhu ko ni dik... Memang la tu toner jugak tapi yang tu untuk printer yang ni toner yang berbentuk cecair yang bertujuan membersihkan wajah mulus korang tu dari sisa-sisa sabun yang ada kat muka ni. Memang la tadi dah bilas tapi tak semua sabun buih-buih tu boleh hilang dengan air yek.. 

So sapukan toner di seluruh wajah termasuk kawasan leher. Selain dari tu toner juga boleh membersihkan kotoran dan minyak yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka dan akan mengecilkan liang pori itu... Muka pun rasa fresh sesangat. Lagi satu, bila uols sapu toner kat muka nanti akan ada warna coklat ke gelap2 sikit kat cotton tu... 

Nampak sangat kulit korang belum betul-betul bersih walaupun lepas cuci dengan pencuci muka... Sebab tu toner tu penting!

Sangat penting juga untuk uols gunakan kapas muka untuk sapu toner ni!

Dear, ni wajib tau... Ingat ye, lepas cuci dengan pencuci muka mesti toner muka tu. Budak-budak hostel yang maha pemalas memang tak suka toner muka sebab tu kulit korang tak lawa... Sis gurau je.. Jangan sentap pulak hokeh!



Cream (Day cream / Night Cream)


Ini salah satu kewajipan untuk sis. Dan sis memang sarankan untuk uolss ikut. Carilah skincare yang sesuai untuk uols yang dalam set ye ada krim malam dan krim siang. Krim ni akan membantu wajah uols untuk lebih cerah, bantu kecutkan jerawat dan menjadikan kulit uols lebih flawless dan glowing.




Bayangkan uols pergi kerja ke, pergi kuliah ke, orang kulit uols nampak segar, nampak shining, mesti la uols akan jadi perhatian. Kot bos nak marah, tak jadi sebab sejuk je tengok wajah uols yang bersih tu. 

Gunakan day cream ni untuk siang hari lepas sapu toner. Dan malam hari uols gunakan night cream sebelum tidur... Cucilah muka dan pakailah toner dulu. Lepas tu apply la krim malam ni.


Mosturizer / Pelembap


Ha ni satu lagi benda yang penting sangat. Pakai la mosturizer atau pelembap.. Apa-apa brand pun boleh tapi yang sesuai dengan kulit korang tu.. Mosturizer ni pun ramai yang malas pakai... Bukan susah pun sapu rata kat muka selepas cuci, toner muka tu dan pakai krim.... Bagi yang kulit berminyak tu, korang pun kena pakai pelembap tau sebab kalau tak pakai, kulit uolss lagi nampak berminyak..


Tapi seeloknya yang muka jenis berminyak ni cari produk yang oil free atau water base supaya kurang sikit rasa berminyak masa nak menyapu mosturizer ni. Lagi satu, masa menyapu pelembap ni urut muka dari bawah ke atas pada tulang pipi supaya lama-lama terbentuk la v shape kat muka uols tu. Nampak la kurus sikit walaupun uols bukanlah kategori kurus kan..


Kenapa penting pakai pelembap?


Kulit muka yang kering tanpa pelembap akan nampak jelas tanda penuaan. Lembapkan kulit dengan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pelembap tu.. Persekitaran sekarang pun tak menentu dengan cuaca yang kering, lembap dan berangin jadi kita dapat melindungi kulit dengan pemakaian pelembap ni..


Kalau boleh bagi adik-adik yang pemalas ni, carilah pelembap yang ada mengandungi spf 15 ke 30... Supaya dalam masa yang sama melindungi kulit dari pancaran uv. Paling tidak pun boleh gantikan pelembab ni dengan sunblock!


Oklah panjang lebar pulak penerangan Sis tentang C.T.C.M. ni... Tapi UOLS jangan ingat ni aja tau... Ni baru asas penjagaan kulit.... Belum yang face mask ye, serum, ampoulse, scrub, make-up remover, whitening cream, sunscreen, foundation, eye treatment, eye mask..... Bla bla bla.... Huhuhu lagi kompleks... Lagi uols pening nanti... Tapi apa yang penting amalkan dulu rutin CTCM ni baru kita pergi ke penjagaan kompleks okey.


Lagi satu pesanan Sis kalau uolss tak pasti sesuai dengan produk jenama ape, apa kata cuba trial set atau tester set dulu... Ala yang botol kecik-kecik tu... Kalo sesuai baru beli yang biase punya k..



Apa Yang Bestnya Yanalis Signature Skincare?


Untuk amalkan CTCM ni, uols boleh cuba set penjagaan wajah yang sis kelaurkan iaitu Yanalis Signature Skincare. Apa yang bestnya pasal skincare ni, pertama ianya ada kelulusan KKM. Kedua, set ni ada merangkumi CTCM yang sis terangkan di atas. Set Yanalis ni, kurang rasa pedih berbanding jenama lain yang ada dalam pasaran. Lagipula, dah ramai yang guna produk ni.. Uols boleh la tinjau-tinjau testimoni yang berlambak ada dalam web sis ni.




Dalam 1 set yanalis skincare ni, ada 4 barang:

1) Facial foam
2) Toner
3) Day cream
4) Night cream


Untuk amalkan, uols just follow je cara penjagaan wajah yang sis citer panjang lebar kat atas tadi tu. Cuma moisturizer tu, uols boleh cari jenama yang bersesuaian di dalam pasaran atau guna je serum EGF Essence atau sunblock yanalis. Serum nggan sunblock ni memang superb!! Super model kita (Laykha Zulaikha) mmg love habis kat serum ni. Dah  berjalan sampai Jepun dan Australia pun serum ni.




Uols ada pilihan sama ada nak guna salah satu size set di bawah ni:


1) Set Tester - Tahan 2-3 minggu
- Sesuai untuk uols yang baru nak mencuba
- Sesuai untuk standby bila-bila nak pergi melancong atau oustation


2) Set Trial - Tahan 3-4 minggu
- Sesuai untuk uol yang baru nak mencuba
- Sesuai juga dijadikan sebagai hadiah sebab kotak ye sangat comel!
- Boleh cuba set ni dulu untuk tengok keserasian dengan kulits uols


3) Set Exclusive - Tahan 3-4 bulan
- Set ni besar gedabak dan nampak exclusive
- Kalau dah serasi guna trial atau tester, sebaiknya ambil terus set exclusive yanalis ni sebab memang jimat dan tahan lama
- Sesuai juga dijadikan hadiah atau hantaran perkahwinan.
- Set paling berbaloi

Jom Tengok Video Testimoni Yanalis Ni:



Oklah.. Uols boleh decide nak set yang mana. Atau kalau nak guna set skincare jenama lain pun sis takde masalah. Cari yang serasi dengan kulit uols ok.. Untuk uols yang berminat nak cuba salah satu set yang sis maklumkan tadi, uols boleh jer terus berhubung dengan sis kat talian berikut:


Call/Whatsapp: 601128970697 | Link WhatsApp
Atau Copy kemudian Paste di browser anda link wasap berikut:

Facebook: @YanalisOfficial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bottom Ad [Post Page]

Blogged.my
| Designed by Colorlib