Ketahui 7 Punca Jerawat Dan Cara Merawatnya - Tips Kecantikan & Kesihatan By Sis Yanalis Skincare

Full width home advertisement

Tips Dan Petua Kesihatan

Page Official Yanalis

Post Page Advertisement [Top]

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnya


Uolss salah seorang yang ada masalah jerawat teruk? Uolss tidak berseorangan.. Dah kenal pasti kenapa uolss ada masalah jerawat? Memang banyak sebab kenapa jerawat boleh tumbuh.. InsyaaAllah, sis kongsikan mengenai masalah ini dan petua yang boleh membantu uolss mengatasinya..

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnya
Fuhh.. tension jugak kan bila ada jerawat! Boleh hilang keyakinan diri dibuatnya..

 
"1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Dan ia membuat kan satu-satu nya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati. Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang. Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu."


Sebelum sis bagi penyelesaian yang sis janjikan, kita cek dulu apa punca sebenar jerawat ni..

Punca Masalah Jerawat

1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm... sebab itulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walau bagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ini akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnya

2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu,  uolss kena berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula.



3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnya


4. Stress
Uolss percaya atau tidak, lagi uolss stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat uolsss. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnya


5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika uolss selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semula jadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan uolss.

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnya


6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada uolss boleh menyebabkan kulit uolss berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma uolsss juga tersumbat.

7 Punca Jerawat Wajib Tahu Dan Cara Merawatnyaa


7. Pakaian

Haa.. Jangan tak tau hokey... Pakaian uolss juga boleh jadi punca uolss ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni.

Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit uolss dan bersih. Bukanlah bermaksud uolss perlu mendedahkan aurat yer.

Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit uols secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat. Selain menjaga maruah dan keaiban diri (mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat).

Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan!! Kang Tak Tun Tuang la uolsssss... "


Krim jerawat Yanalis digunakan bagi merawat jerawat dengan cepat dan berkesan. Krim terapeutik ini dihasilkan dari Chamomile dan Alor Vera yang mampu menenangkan dan melegakan radang kulit untuk memberikan wajah yang bersih dan segar. Hanya perlu usap dibahagian jerawat sahaja.

Krim Jerawat Paling Berkesan - Acne Cream Yanalis

testimoni terbaru krim jerawat yanalis


Ubat Krim Jerawat Untuk Remaja Sekolah

****************************************

BERMINAT UNTUK DAPATKAN KRIM JERAWAT KELUARAN YANALIS? KLIK BUTTON HIJAU DI BAWAH INI:
 
Call/Whatsapp: 01128970697 | Link WhatsApp
Atau Copy kemudian Paste di browser anda link wasap berikut:
Facebook: @YanalisOfficial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bottom Ad [Post Page]

Blogged.my
| Designed by Colorlib