Tips Untuk Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong - Tips Kecantikan & Kesihatan By Sis Yanalis Skincare

Full width home advertisement

Tips Dan Petua Kesihatan

Page Official Yanalis

Post Page Advertisement [Top]

Tips Untuk Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong


Untuk perkongsian pertama di blog yanalis ni, sis suka sangat nak share satu tips ni.. Sis yakin dan percaya ramai pada masa sekarang yang suka melancong. Betul kan? Negara-negara yang paling famous yang biasanya jadi pilihan rakyat Malaysia (ni pendapat sis sendiri la kan sebab dah pernah buat survey tanya kawan-kawan dan sedara mara), antaranya tempat-tempat yang sejuk.




Macam negara Korea, London, Paris, Jepun, New Zealand dan banyak lagi.. Pada yang ingin menunaikan umrah, sekarang ni kalau tak silap sis kat Mekah sana tengah musim sejuk. Seronok la uols dapat pergi melancong. Sis agak sibuk sekarang, xdapat nak melancong ke mana-mana. 

Sis yakin dan percaya yang uols datang ke blog ni sebab tengah mencari tips macam mana nak elakkan kulit muka uols jadi kering dan tak selesa ketika melancong ke tempat atau negara yang tengah musim sejuk ni.. Yelah kan... Uols kena tahu sebab kalau tak nanti kulit akan nampak kusam, rasa gatal-gatal je.

Jom Catat Tips Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong Yang Sis Nak Share Ni


1) Korang kena guna pakaian yang sesuai

- Sebagai contoh, uols kena lindungi kulit dengan pakaian yang sesuai seperti sarung tangan, sarung kaki serta baju sejuk. Kalau jenis tak tahan sejuk, sebaiknya pakailah yang cukup tebal. Untuk bahagian muka dan lain yang terdedah seperti leher, sebaiknya uols pakai mask muka dan skarf bagi menutupi bahagian berkaitan.

2) Uol kena mandi sehari sekali sahaja

- Pernah pergi Cameron Highland? Sejuk ye mak oi.. Nak mandi pagi punyalah malas. Nak duduk kat jamban rasa nak terangkat punggung sebab kemain sejuk. Ni kan pulak kalau cuaca kat negara sejuk tu mencecah bawah paras takat beku. Ye tak? Cuaca kita kat Malaysia tak sama dengan negara sejuk kat sana. Cukup untuk uols mandi sehari sekali sahaja.

3) Elakkan pakai baju bulu direct pada badan

- Yang ni tips yang korang kena hadam. Sebab kalau pakai baju bulu tanpa baju alas bimbang badan akan rasa gatal tak selesa. Jadi, pakailah t-shirt ke atau singlet pagoda sebelum mengenakan baju atau jaket berbulu. 

4) Kena rajin minum air

- Yang ini pun penting sebab nak mengekalkan kelembapan kulit. Uols kena kerap minum air walau tak dahaga. Standby la air mineral sebotol ketika dalam perjalanan ketika melancong tempat-tempat menarik di negara yang korang lawati tu.

5) Guna pelembab yang sesuai

- Uols kena ingat ni. Sila standby losyen pelembab dan pelembab yang sesuai untuk kulit muka. Tak kira sama ada uols lelaki atau wanita atau geng #k*nyit.. Uppss.. Losyen yang berasaskan minyak zaitun boleh dijadikan pilihan yang terbaik.

Haaa... Bagi yang nak gunakan pelembab untuk muka, sis sangat suggest uols gunakan serum EGF keluaran Yanalis Signature Skincare sebagai pelembab. Kenapa? Ni baca khasiatnya. Siap ada pengguna yang dah cuba tau serum ni ketika melancong ke Jepun. Uols pun boleh cuba.

Egf Essence Yanalis telah membantunya mengatasi kulit kering ketika di sana. Dan menjadikan kulitnya sentiasa lembab dan segar. Alhamdulillah. Kita yg di Malaysia pun mengalami cuaca panas dan kering, jadi memang elok sangat pakai egf ni utk kulit sentiasa nampak lembab dan sihat.

Malah egf ini terlalu banyak khasiatnya, selain dari mengatasi kulit kering, ia juga mampu membantu menghilangkan jerawat, memudarkan jeragat dan parut serta mencerah dan menggebukan kulit yg kusam.



So sebagai kesimpulannya, sebelum melancong tu, bersiap sedialah untuk menghadapi cabaran dan perubahan cuaca. Jaga diri di tempat orang dan jaga nama baik negara kita. Sebab kita yang melancong ke negara orang boleh dianggap sebagai duta kecil untuk negara kita. Ok.. Nanti sis akan sambung celoteh lagi di post-post akan datang.

Sis harap Tips Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong ini dapat di kongsikan dengan kawan-kawan uols yang lain. Terima kasih sebab singgah. Jangan lupa tinggalkan komen kat bawah ye kalau ada tips-tips tambahan supaya dapat membantu pembaca-pembaca yang lain ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bottom Ad [Post Page]

Blogged.my
| Designed by Colorlib